Kubur masing-masing!!!  

Posted by: hearny

Hai! Jumpa lagi..hmmm..dah lama gak menghilangkan diri dari blog nih...tapi takper..hari ni aku ade cerita menarik yg aku rase wajib aku kongsi dengan kawan-kawan semua...mungkin korang biase dengar org cakap macam kat topic yg aku tulis diataskan...kadang-kadang ramai diantara kita x sedar atau x mengendahkan setiap apa yang kita cakap..samada wajar ke kita sebagai orang islam mempunyai ego terhadap agamanya sendiri...aku pun bukanlah seorang yg warak atau terlalu baik nak perkatakan tentang islam...tapi...sedikit rase terkilan dengan sikap org yang suka mengambil mudah dengan perkara kecil seperti ini dimana sebenarnya ia mengundang kejahilan dalam diri...
Mungkin lepas ini ramai yg akan marah tentang nukilan aku...tapi itu x meruntuhkan semangat aku untuk terus menulis tentang ini...setidak-tidaknya aku mengingatkan diri aku sendiri dan juga kawan-kawan untuk tidak memandang ringan dengan perkara seumpama ini...
Seringkali kita dengarkan?...
"Sibuklah kau nih..kubur masing2kan..jagalah tepi kain sendiri. Jgn sibuk hal orang!"
"Alah!.Kubur masing2..ko jaga dosa ko..aku jaga dosa aku...siapa ko nak halang aku!"
"Jgn sibuk hal aku boleh x?"
dan byklah lagi...
Haa..inilah yang berlaku bila kejahilan, rasa bongkak dan sombong, memujai HIBURAN dan KEDEGILAN telah MENGGARI umat Islam tanpa kita sedari...malah bertambah buruk jika tida pencegahan...dan sudah mejadi tanggungjawap kita sebenarnya untuk 'menjaga tepi kain sendiri' dan juga 'tepi kain orang' dalam konteks mencegah dari perkara mungkar sambil mengajak kepada kebaikan...
seperti yg tertulis dlm surah ali imran ayat 104 yg bermaksud...
"Dan hendaklah ada sebahagian di kalangan kamu yang menyeru kearah kebaikan dan mengarah ke arah ma'ruf serta mencegah yang mungkar dan mereka inilah yang beroleh kejayaan"
dan ali imran 110 yg bermaksud...
"Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan ditengah-tengah masyarakat manusia untuk mengajak mereka ke arah yang ma'ruf dan mencegah mereka dari yang mungkar dan kamu beriman kepada Allah S.W.T"
Sabda Rasulullah S.A.W. : "Barangsiapa diantara kamu melihat kemungkaran maka hendaklah mencegah dengan tangan, sekiranya tidak mampu hendaklah dengan lisan, sekiranya tidak mampu hendaklah dengan hati. Ini adalah selemah-lemah iman."
Tapi kalau kita perasan..byk dikalangan kita mencegah menggunakan hati bukan?...sedangkan kita bukannya uzur atau berada di tempat yang jauh sehingga kita tidak mampu menegur kan?..
Umat islam bakal hadapi kesan yg amat buruk jika perkara seumpama ini dipandang remeh. Paling menyedihkan lagi bila hubungan antara manusia dengat tuhan, manusia denga manusia..maka wujudlah jahilliah dikalangan kita dan perbalahan disana-sini..fitnah..benci sesama sendiri.....
Bukankah perkara ini sudah terjadi dan menular bebas dalam negara kita?...inikah 'kubur masing2' yg selalu kita tekankan kepada kawan, keluarga dan masyarakat kita hari ini...
Sebenarnya kerana kubur masing-masinglah kita kena jaga sesama kita supaya kelak nanti islam tidak dipandang hina dek kerana kejahilan kita sendiri...kerana kubur masing-masinglah org menegur kesalahan kita kerana mereka jelas dengan gambaran akhirat nanti...Maka wajib bagi diri kita nasihat-menasihati, tegur-menegur sesama kita bukan untuk mencari kesalahan..tetapi saling ingat-mengingatkan untuk menjaga keharmonian dan martabat sebagai orang islam dari dihasut oleh bisikan iblis dan syaitan...
Jadi beringatlah..bila kita jahil jgn pulak kita ego..terima teguran dengan hati terbuka...bukan dengan mencari alasan atau kesalahan yg lain utk menutup kesalahan diri sendiri....

This entry was posted on 9:32 PM .
Blog Widget by LinkWithin
Free Butterfly ani 1 MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com