Tart telur....  

Posted by: hearny in

Sempat gak umi wat tart telur balik kijer semalam...sambil masak untuk makan mlm...tgh ade mood nak buat teruskan jer ler...nasib baik anak dara umi pun rajin menolong...tapi hubby nak makan blueberry cheese tart...takpe...umi promise balik kijer hari ni umi wat utk hubby yer...



Inilah hasilnyer...


Bahan Kulit:

  1. 500 gm tepung gamdum
  2. 11/2 cawan majerin
  3. 1 sudu besar lemak sayur/crisco
  4. 2 sudu besar gula
  5. 1 biji telur

Cara.

  1. Gaulkan semua bahan kecuali telur saperti serbuk roti.
  2. Masukkan telur dan gaul rata.
  3. Canaikan setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat.
  4. Letakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil (petty tin) yang sudah digriskan.
  5. Cucukan dgn garfu..[hilangkan gelembung angin]
  6. Bakar selama 10 minit pada suhu 180C.
  7. Keluarkan dan tuangkan adunan kastad telur kedalam tat.
  8. Bakar semula 5 minit.
  9. Sejukkan dan hidangkan.

Filling Kastad:

  1. 1 cawan susu cair
  2. 4 biji telur
  3. 1 cawan gula
  4. 1 cawan air biasa
  5. 1 sudu besar tepung kastad
  6. 1/2 s/teh vanilla sedkit pewarna kuning

Cara:

  1. Gaul semua semua bahan perlahan sehingga sebati.
  2. Tuangkan keatas kulit tat yg telah dibakar separuh masak
  3. Bakar semula dalam 5 minit.

This entry was posted on 11:52 PM and is filed under .
Blog Widget by LinkWithin
Free Butterfly ani 1 MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com